Pakej Logo Asas Rekabentuk| Logo Design
Kami telah memberikan perkhidmatan rekabentuk logo kepada syarikat dan perniagaan dari merata benua melalui laman web www.logowaves.com sejak tahun 1999. Kini pelanggan Malaysia boleh menempah logo yang berkualiti melalui laman ini dengan pakej harga yang sangat sederhana dan murah. Kami mengkhususkan khidmat ini kepada anda yang memiliki perniagaan kecil dan baru kerana kami memahami peruntukan kewangan anda yang terhad. Anda sudah tahu dan faham bahawa logo merupakan salah satu elemen penting dalam pemasaran dan penjenamaan. Ia menjadi satu tanda yang melambangkan keseluruhan aktiviti perniagaan disamping memberi ekspresi visual tentang tahap kebolehpercayaan dan keupayaan sesuatu perniagaan atau syarikat yang diwakilinya.
Rekabentuk Logo - Pakej Asas RM500.00
4 Rekabentuk khas dan unik bagi perniagaan dan syarikat, anda akan menerima seperti yang berikut.
- 4 Rekabentuk unik untuk dipilih
- 4 Kali semakan (revisions)
- 1 Logo akhir (one final logo)
- Fail elektronik dalam format Illustrator .AI atau .EPS
- Pilihan Fail imej JPG, GIF, PNG dan PDF
- Hakcipta diserahkan kepada anda apabila logo siap dan bayaran penuh telah dibuat.
Rekabentuk Logo Korporat Malaysia | RM900.00
6 Rekabentuk khas, untuk syarikat dan perniagaan dari Malaysia sahaja! Pakej ini ialah untuk rekabentuk logo dan asas identiti korporat termasuk kepala surat, kad perniagaan dan sampul surat. Anda akan menerima seperti berikut.
- 6 Rekabentuk logo unik untuk dipilih
- 4 Kali semakkan (4 revisions) untuk satu konsep yang dipilih.
- 1 Logo akhir (one final logo)
- 2 Set rekabentuk asas identiti korporat untuk dipilih (letterhead, business card and envelope designs)
- Fail elektronik dalam format Illustrator .AI atau .EPS
- Pilihan fail imej JPG, GIF, PNG dan PDF
- Hakcipta adalah hak pelanggan sepenuhnya apabila logo siap dan bayaran penuh telah dibuat
Dapatkan maklumat lanjut dan buat tempahan logo di www.logodesign.my atau www.randukbenua.my
