Asas Perniagaan Internet

Internet membuka ruang dan peluang bagi usahawan dan peniaga kecil melakukan promosi, menyampaikan maklumat produk dan perkhidmatan dan meraih keuntungan. Namun, bagi membina satu perniagaan internet, anda memerlukan kepakaran baru untuk menghadapi cabaran yang menanti.

Dapatkan ILMU yang diperlukan dari bahan rujukan dan bantuan dari mereka yang berpengalaman. Atau anda boleh membuat carian di internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan perniagaan dan pemasaran di internet. Kebanyakan usahawan yang berjaya memiliki kebijaksanaan yang sederhana. Kelebihan mereka ialah sikap keterbukaan terhadap ilmu pengetahuan dan kesanggupan mereka belajar apa saja yang perlu untuk mencapai kejayaan. Suasana perniagaan dan persaingan era global hari ini secara lansung atau tidak telah mensyaratkan: Jika anda telah memiliki perniagaan atau merancang perniagaan baru, anda mesti memilik laman web perniagaan sendiri. Muktamat!

Potensi Perniagaan Internet Di Malaysia

Cuba fikirkan bagaimana kad perniagaan, telefon, faks dan risalah membantu perniagaan anda. Kesemua alatan komunikasi dan promosi tersebut jika digunakan dengan bijak dan betul pasti memberi pulangan. Bayangkan syarikat anda tiada talian telefon, pasti ia menjejaskan perhubungan dengan pelanggan. Begitu jugalah dengan laman web yang menyediakan pelbagai kemudahan. Layari internet dan periksa, adakah pesaing anda sudah memiliki laman web? Jika ya, anda perlukan laman anda segera – sekarang! Jika mereka belum ada laman web, anda amat beruntung kerana persaingan tiada dan anda berpeluang menjadi pelopor dan menerokai ruang pasaran baru. Malaysia semakin aktif berkembang dalam penggunaan internet dan pembelian di talian. Aliran ini sedang melonjak naik, bersedialah merebut peluang yang ada dan jangan ketinggalan.

Statistik Pengguna Internet Malaysia

  • Pengguna Internet Tahun 2000: 3,700,000
  • Pengguna Internet Terkini (2009): 16,902,600
  • Jumlah Pengguna: 65.7 %
  • Perkembangan 2002-2009: 356.8 %

Sumber: InternetWorldStats.com

Anda boleh semak sumber rujukan di atas. Anda akan dapati peningkatan besar dalam penggunaan internet bukan sahaja di Malaysia malah negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Pendek kata Asia mengalami satu perkembangan yang sangat memberansangkan. Itu semua melambangkan potensi pelanggan dan pembeli yang semakin ramai. Sudahkan anda bersedia untuk bersaing merebut peluang yang ada?

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nielson Online, pembeli online (online shopper) meningkat sebanyak 40% dalam dua tahun. Lihat petikan di bawah.

Over 875 Million Consumers Have Shopped Online The Number of Internet Shoppers Up 40% in Two Years New York, NY – January 28, 2008

There are now 875 million active shoppers on the Internet, South Korea is rank first and UK shopper are the second most active market. More than 85 percent of the world's online population has used the Internet to make a purchase -- increasing the market for online shopping by 40 percent in the past two years -- according to the latest Nielsen Global Online Survey on Internet shopping habits.

Globally, more than half of Internet users have made at least one purchase online in the past month, according to Nielsen. "The Internet is no longer a niche technology - it is mass media and an utterly integral part of modern life. Almost no aspect of life remains untouched by online media.." said Jonathan Carson, President, International, Nielsen Online.

Sumber: Nielsen.com

Informasi di atas jelas menunjukkan betapa besar potensi e-commerce dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk anda. Kini hampir 900 juta pembeli aktif yang membuat pembelian melalui internet. Mereka membeli kasut, pakaian, kek, bunga, buku, komputer, kereta, hartanah termasuklah bot dan jet peribadi mewah.

Persaingan Perniagaan Internet Di Malaysia

Internet adalah satu pentas perniagaan yang terbuka kepada semua maka ianya secara lansung memberikan satu suasana persaingan yang sangat sengit juga. Tidak kira perniagaan kecil, baru bermula mahupun syarikat gergasi, semuanya terpaksa bersaing sama seperti perniagaan konvensional yang bukan secara online. Syarikat besar pastilah mempunyai sumber yang besar dalam menjayakan laman perniagaan mereka berbanding perniagaan kecil. Namun anda masih mempunyai ruang sama seperti usahawan atau atau syarikat lain. Persaingan bukanlah halangan atau sebab untuk TIDAK menjalankan perniagaan secara online ini.

Apa yang perlu dibuat ialah melengkapkan diri dengan ilmu dan memulakan langkah dengan betul. Ilmu, kepakaran dan kemahiran memainkan peranan penting dalam menghadapi persaingan yang hebat tersebut. Anda perlu pantas! Di Malaysia persaingannya masih rendah. Jika anda bertindak segera, anda berpeluang memantapkan perniagaan lebih awal. Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlukan masa. Jika anda lambat belajar anda akan ketinggalan. Jika anda tidak mengikut arus, anda akan ketinggalan. Sebelum pesaing anda menguasai semua peluang yang ada, anda perlu memulakan langkah anda dengan segera.

Mulakan Perniagaan Secara Online

Mulakan hari ini! Bina empayar anda hari ini kerana statistik pada Julai 2009 menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna internet Malaysia. Ubah mereka dari pengguna kepada pembeli produk atau perkhidmatan anda. Penting: Fikirkan apa yang mereka mahu dan sediakan produk untuk mereka. Luangkan masa membuat kajian tentang kemahuan mereka. Salah satu cara ialah dengan menggunakan Keyword Tool untuk menganalisa katakunci yang popular.

Jika anda tidak memilik laman web, sudah pasti pengguna internet (bakal pelanggan) akan ke laman pesaing anda. Pastikan laman yang dibina mencerminkan kualiti sebenar perniagaan anda. Apabila laman web telah siap anda boleh letakkan alamatnya di papan tanda, kad niaga, risalah atau di mana saja yang difikirkan wajar.

Hari ini jika anda menghulurkan kad perniagaan, brosur atau risalah jualan kepada seseorang, mereka akan mengetahui alamat laman web anda. Jika mereka memerlukan perkhidmatan atau produk anda, mereka boleh terus ke laman anda bagi mendapatkan maklumat atau membuat belian. Jika anda berpindah, menukar nombor telefon, mereka masih boleh berhubung dengan anda melalui alamat laman web anda. Anda tidak akan kehilangan pelanggan!

Bina Laman Web Perniagaan Anda Segera!

Tidak kira anda baru memulakan perniagaan kecil atau sudah memiliki perniagaan, akauntan, jururunding, pelukis, penulis, peruncit, atau apa saja jenis perniagaan dan perkhidmatan, anda perlukan laman web! Penggunaan internet bukan sahaja setakat sumber maklumat dan perniagaan, ianya telah menjadi satu keperluan. Jika anda tidak memiliknya, bakal pelanggan akan ke laman pesaing.

SILA DOWNLOAD EBOOK PERCUMA - Bina Laman Web Perniagaan Anda Segera!

Download
BukuEbooks Percuma